Salah satu dari banyaknya jenis pencemaran di muka bumi ini adalah pencemaran air. Pencemaran air merupakan suatu perubahan yang berlaku di suatu tempat penampungan air seperti danau, sungai laut, dan air tanah yang dibuat oleh daktifititas manusia. Pencemaran air boleh dipengaruhi oleh pelbagai factor dan mempunyai karakteristik yang berbeda-beda. Walaupun begitu, fenomena alam seperti gunung berapi, ribut, gempa bumi tidak dianggap sebagai pencemaran walaupun menyumbang perubahan yang besar kepada kualiti air.

Aktiviti pengindustrian yang meluas tika ini banyak memberi kesan buruk kepada ekosistem dengan membuang bahan-bahan tercemar seperti logam berat, toksin organic, petrol, nutrient dan sebagainya. Sampah organic ini menyebabkan keperluan oksigen semakin rendah dan membahayakan seluruh ekosistem. Ia juga mengarah kepada pembentukan eutrofikasi dengan meningkatnya kandungan nutrien. Keadaan ini menyebabkan tumbuhan air yang bersaiz mikro seperti alga membiak dengat cepat kesan daripada bekalan fosfat yang berlebihan. Hal ini akan menyebabkan warna air menjadi kehijauan, berbau busuk dan keruh. Akibatnya, kualiti air menurun dan kepekatan oksigen terlarut juga rendah. Ini menyebabkan kehidupan air seperti ikan dan species lain tidak dapat tumbuh dengan baik, akhirnya mati. Selain daripada itu, cyanobakteria juga memberi masalah kesihatan kepada manusia dan haiwan kerana mengandungi toksin.